AMZ
Thursday, 30 October 2014
Infografik : 10 Orang Terkaya Di Malaysia
Bila sebut nama seperti Robert Kouk, Syed Mohktar Al Buhary siapa yang tidak kenal mereka antara orang terkaya di Malaysia. Menjadi idola dalam dunia perniagaan di Malaysia sesiapa saja mengimpikan akan berada seperti mereka. Namun bukan semua mampu berada di situ. Jom kita lihat 10 orang terkaya dimalaysia. Mana tau selepas ini kita pula.
Read more ...
Isteri Ahmad Hakimi Mulakan Kehidupan Baharu
PUTRAJAYA: Tiga bulan selepas tragedi nahas pesawat
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang meragut nyawa pembantu
juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, isteri dan anaknya yang berusia
setahun kini memulakan kehidupan baharu dengan membuka francais The Boost Juice di D'Pulze, Cyberjaya pada Rabu.
"Suami saya pernah menyuarakan hasrat untuk membuka sebuah restoran
sebelum meninggal dunia dan dia mencadangkan kami bermula dengan
perniagaan secara kecil-kecilan," kata Asmaa Aljuned, isteri Hakimi atau
lebih mesra disapa sebagai Kimi oleh rakan-rakannya.
Sebelum pemergian Ahmad Hakimi, 29, Asmaa merupakan suri rumah sepenuh masa.
Pembukaan francais The Boost Juice merupakan titik permulaan kepada Asmaa untuk memulakan kariernya selepas memilih untuk menjaga anaknya sebelum ini.
"Saya menggunakan semua wang simpanan saya untuk memulakan perniagaan ini. Bapa saya turut menyumbang sedikit begitu juga Kimi," katanya.
Menurut Asmaa, francais tersebut menyediakan minuman yang mudah dan penyelesaian efektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.
Dengan perjanjian francais yang telah ditandatangani, Asmaa merancang untuk menandatangani surat tawaran pinjamannya pada Jumaat lalu, 18 Oktober, hari Kimi sepatutnya dijadualkan tiba dari Amsterdam.
Namun, tragedi menyayat hati yang menimpa pesawat MH17 menyebabkan segala yang dirancang tertangguh.
"Apabila ia berlaku, saya hanya ada RM400 di dalam akaun bank. Saya hanya mempunyai beberapa keping wang RM1 ketika itu dan Kimi meninggalkan RM50 di dalam laci. Itu sahaja wang yang saya ada di dunia kerana saya telah menggunakan semua wang simpanan untuk bayaran pendahuluan," kata Asmaa.
"Walaupun saya kekurangan modal, Alhamdulillah, bantuan datang. Rakan-rakan Kimi, rakan-rakan saya, keluarga dan ahli-ahli Persatuan Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAPA) memberikan sumbangan, jadi ia cukup untuk kami," kata Asmaa.
Asmaa dan Abderrahman turut menerima sumbangan daripada individu yang prihatin dengan nasib yang menimpa mereka.
"Kimi amat rapat dengan Abderrahman. Tapi pada satu hari, Kimi pergi bekerja dan tidak kembali. Saya percaya ia amat memberi kesan kepadanya. Abderrahman ingin sentiasa berada di sisi saya sepanjang masa," katanya.
Malah ketika temu bual ini, Abderrahman akan menangis dan mencari ibunya setiap kali dia merasakan Asmaa akan meninggalkan bilik tersebut.
"Jika dia melihat saya pergi ke mana-mana, ia akan menakutkannya. Dia akan menarik baju saya jadi saya tidak akan meninggalkannya.
"Dia lebih gemar dengan orang lelaki, terutamanya jika mereka kelihatan seperti Kimi. Jika dia terlihat sesiapa sahaja seperti juruterbang, dia akan menunjuk-nunjuk ke arahnya dan mahu mendekati individu tersebut.
"Jika dia terlihat sepupu saya yang memiliki susuk badan dan ketinggian seperti Kimi, dia akan mendekati individu itu. Baru-baru ini, apabila sepupu saya datang menziarahi kami, Abderrahman mahu mengikut sepupu saya balik ke rumahnya! Dia tidak mahu dengan saya sama sekali," kata Asmaa sambil ketawa.
"Saya mempunyai beberapa rakaman suara Kimi dan apabila ia dimainkan, Abderrahman akan mendengarnya. Jika saya memainkan video Kimi, Abderrahman akan melihatnya. Ada satu ketika, dia akan mencium video tersebut," katanya. Namun, Asmaa berkata Abderrahman merupakan seorang anak yang ceria dan periang.
"Satu perkara yang saya beritahu diri sendiri adalah untuk tidak menangis dihadapan Abderrahman. Dia adalah kekuatan saya dan alasan saya untuk terus bangkit," katanya.
Fokus Asmaa kini adalah perniagaannya supaya beliau boleh bangkit dan berupaya menjaga Abderrahman.
Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang memberi sokongan ketika dia sedang bersedih terutamanya keluarga, rakan-rakan, MAS dan wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Saya benar-benar merasakan MAS banyak membantu saya, keluarga saya dan juga keluarga Kimi dalam pelbagai perkara. Walaupun kami kehilangan insan tersayang, mereka juga sama - bukan sahaja dua pesawat tetapi juga keluarga," katanya.
Dina Ahmad -Mstar Online

Subscribe to:
Posts (Atom)